Sambutan Hari Guru peringkat KML meriah. Majlis ini dimulakan dengan acara sembahyang hajat dan bacaan yassin di Surau kolej pada jumaat malam dan diakhiri dengan acara sukaneka pada Sabtu pagi. Sukaneka ini diadakan bagi mengukuhkan ikatan silaturrahim antara semua warga KML. Hujan yang turun pada sebelah pagi sabtu itu tidak menjadi halangan acara sukaneka ini…

en nasir sedang menarik upih pinang yang dinaiki oleh Norhayati

Tarikan bersemangat oleh en Rudy

lari dalam guni oleh Asela yang mewakili kumpulan ke-6

laju kak laju lagi.

ceria. En M. T. Azar (Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas) tidak ketinggalan untuk menunjukkan bakat beliau dalam acara lari dalam guni

Aksi Pn Zaenah semasa acara membawa buah pinang dalam sudu

Acara sukaneka terpaksa ditangguhkan kerana hujan lebat. Semua peserta terpaksa beredar dan berteduh di astaka. Sukaneka ini diteruskan lagi setelah hujan reda

Hebat.... En M.T Azar menunjukkan kemahiran beliau menimbang bola dalam acara sepak raga bulatan.

Bagi memeriahkan lagi acara, satu permainan diakdakan khas untuk anak-anak warga KML.